Wednesday, 25 January 2012

♥.•*•. ♥ (`'•.¸♥ ¸.•'´) ♥ .•*•.♥ Muhasabah Diri




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Sahabat saudaraku fillah..tak terasa waktu terus berlalu, seiring perputaran waktu usiapun tak muda selalu , jatah hidup di dunia makin berkurang, apa yang bisa kita persiapkan sejak sekarang? Terlintas di benak sudahkah kita mempunyai bekal yang cukup untuk kehidupan di hari akhir nanti? Setiap insan yang hidup di dunia ini tiada yang kekal abadi.Raga akan rusak dan kembali ke tanah, tetapi ruh akan hidup abadi mempertanggungjawabkan diri.Jangan lupakan amal ibadah untuk bekal di hari akhir nanti dan jangan terlena dengan kesenangan duniawi yang tak abadi. Sejak dini tanamkan kebajikan di ladang fana,niscaya akan kita tuai bahagia di alam baka. Jika di dunia berlumur dosa dan tidak segera bertaubat kepada-Nya niscaya di alam baka mendapat murka-Nya.


Saudaraku..seorang muslim yang memiliki kepribadian terpuji seharusnya tiada lepas dari melakukan muhasabah, evaluasi atau introspeksi diri.Seringkali rutinitas menjadikan kita lupa untuk menyadari kekurangan atau kesalahan diri. Bahkan belum mampu memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dalam rangka meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Untuk itulah kita harus sering melakukan muhasabah agar kita kembali kepada makna hidup yang sebenarnya.Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan supaya kita sering muhasabah sebagaimana dalam firman-Nya :


“Hai orang-orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ( akhirat ), dan bertaqwalah kepada Allah , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. “ ( Al- Hasyr: 18 ).


Muhasabah dilakukan dengan tiga bentuk :


1.Muhasabah sebelum berbuat


Berpikir dahulu apakah perbuatan yang akan kita lakukan sesuai dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya atau tidak. Hal ini sering disebut juga “ berpikirlah sebelum berbuat “.


2. Muhasabah ketika berbuat


Dengan cara mengendalikan diri atas segala perbuatan agar tidak menyimpang dari ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Hal ini penting agar tetap berpijak kepada niat awal sebelum berbuat.


3.Muhasabah setelah berbuat


Dengan maksud mencari kesalahan atas perbuatan yang kita lakukan lantas bertaubat dan bertekad untuk tidak mengulangi lagi di masa mendatang.Hal ini penting karena seringkali kita banyak melakukan kesalahan namun tak disadari akibatnya kesalahan itu terus terulang.Allah sangat senang kepada hamba yang mengakui kesalahan diri lantas bertaubat, sebagaimana dalam sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam;


“ Sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hamba-Nya melebihi dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang hilang darinya di tengah hutan.” ( HR. Bukhari dan Muslim ).


Saudaraku..mari kita bermuhasabah, evaluasi atau instropeksi diri dan segera kembali ke jalan yang diridhai Illahi agar diri kembali suci dan memperoleh ketenangan hati.

Tuesday, 24 January 2012

Perjuangan Wanita zaman Rasulullah


Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita.
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustazah Norsaleha Mohd Salleh berkata, kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki (Muhamad Uthman al-Khatht 1984).
“Walaupun ciri-ciri ini turut dimiliki oleh lelaki, tetapi ia menjadi kelebihan kepada kaum perempuan. Ia disebabkan oleh pengaruh dalaman yang menjadikan wanita mudah menerimanya berbanding dengan lelaki.
“Kajian dilakukan Sally Chautz dan Beat (al-Wasat 1995) mendapati kaum wanita mudah terdedah dengan pengaruh perasaan apabila membuat keputusan berbanding lelaki yang mengetepikan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan atau hukuman,” katanya.
Institusi-Institusi wanita pada zaman Rasulullah
Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)
Ustazah Norsaleha yang juga pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memberitahu, penubuhan badan kebajikan yang dikenali sebagai Suffah Wanita itu merupakan satu bumbung yang dikhususkan untuk wanita di Masjid Nabawi (al-Umariyy (1991).
Beliau berkata, tempat itu menjadi perhimpunan sekumpulan wanita yang berkasih sayang, bersaudara dan bertekad sesama mereka untuk melakukan beberapa amal kebajikan yang bermanfaat.
Wanita pertama yang mencadangkan penubuhan badan kebajikan itu dikenali Asma’ Yazid al-Ansariyah. Beliau antara wanita yang melakukan baiah dengan Rasulullah SAW di Aqabah. Beliau mempunyai akal pintar dan pendirian agama yang teguh menyebabkan wanita Madinah melantiknya sebagai wakil mereka untuk menyampaikan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah SAW. Ini terbukti melalui kata-kata Asma’ Yazid “Sesungguhnya aku adalah utusan kepada kumpulan wanita di belakangku. Mereka semua sependapat denganku” (Layth al-Su’ud Jasim). Peranan Asma’ ini telah diikuti pula oleh Kaulah Qays yang turut serta dalam pembukaan kota Kabul bersama suaminya Hisyam Amir.
Dalam situasi ini, Ustazah Norsaleha berkata, wanita pada zaman Rasulullah SAW dibenarkan berpersatuan dan mengeluarkan pendapat dan pandangan. Ini menunjukkan aktiviti wanita yang dijalankan secara berkumpulan atau individu bagi mencapai objektif dan kepentingan yang selari dengan tuntutan syarak.
Rujukan: Petikan daripada al-Jami’ al-Sahih li al-Bukhari pada bab menyatakan adakah Rasulullah SAW memperuntukkan hari tertentu buat kaum wanita, jil 1. hlm 34.
Penjara wanita
Penjara wanita terletak berdekatan dengan masjid. Ia digunakan bagi mengurung tawanan wanita selepas berlaku peperangan antara umat Islam dengan kaum musyrikin sehingga keputusan dibuat untuk menentukan kedudukan mereka seterusnya. Antara wanita yang pernah dikurung di penjara itu ialah Saffanah Hati mal-Ta’iyy yang menjadi tawanan sewaktu Perang Tabuk. Sewaktu Rasulullah melalui kawasan penjara tersebut, beliau meminta baginda membebaskan beliau kerana kedudukannya sebagai seorang puteri kepada ketua kabilah. Permintaan Saffanah diterima oleh Rasulullah SAW di mana baginda meminta wanita itu dibebaskan kerana bapanya seorang yang baik dan berakhlak mulia.
Kisah ini menunjukkan keprihatinan umat Islam terhadap mereka yang dipenjarakan, terutamanya golongan wanita. Kurungan itu dipilih untuk didirikan berhampiran dengan masjid kerana ia merupakan tempat paling selamat. Di samping itu, mereka dilayan dengan penuh kemuliaan oleh Rasulullah SAW menyebabkan Saffanah dan abangnya akhirnya memeluk agama Islam (Ibn Hajar).
Institut Kesihatan dan Khidmat Masyarakat
Menurut Ustazah Norsaleha, golongan wanita pada zaman Rasulullah sememangnya terkenal dengan sikap suka bantu-membantu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dalam memastikan kehidupan umat Islam selesa.
“Sebagai contoh, sebuah khemah Rufaydah al-Aslamiyah telah dibina. Ia merupakan hospital pertama dibina pada zaman Rasulullah SAW. Khemah dibina seorang srikandi terbilang, Rufaydah Ka’ab al-Aslamiyah. Beliau mempunyai ilmu perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang. Rasulullah SAW menganugerahkan kepada Rufaydah sejumlah harta rampasan Perang Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan Rufaydah dan saudara beliau yang bernama Ku’aibah dalam merawat tentera Islam yang cedera.
Hak-hak wanita pada zaman Rasulullah
Berikut beberapa hak yang telah berlaku terhadap golongan wanita zaman Nabi antaranya hak-hak terhadap ekonomi, perkahwinan, menuntut ilmu, harta pusaka, bekerja dan mencari nafkah serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW.
Mengenai hak menuntut ilmu, Ustazah Norsaleha berkata, Islam mempunyai hak untuk bermegah sebagai satu sistem hidup manusia yang pertama mengakui wanita sebagai makhluk manusia dan mewajibkan mereka mencari ilmu sebagaimana kewajipan itu kepada golongan lelaki. Islam amat menghormati dan menghargai wanita dengan memberikan mereka hak-hak kemanusiaan yang sama dengan orang lelaki.
“Walau bagaimanapun kita tidak dapat menafikan kejadian lelaki dan wanita adalah berbeza dari sudut fungsi dan fizikalnya. Perbezaan fungsi dan fizikal antara dua jenis makhluk ini memberikan kesan kepada tindak balas mereka terhadap kehidupan dalam bentuk yang berbeza,” katanya.
Tentang hak bekerja dan mencari nafkah, golongan wanita mempunyai hak untuk bekerja. Pada zaman Rasululah SAW wanita keluar bekerja sekiranya keadaan memerlukan seperti untuk menyara kehidupan, pendapatan keluarga yang tidak mencukupi atau keperluan masyarakat.
Asma’ Abu Bakar sanggup berjalan dua batu semata-mata mendapatkan air untuk keperluan keluarga kerana suaminya sibuk di medan perang. Antara pekerjaan yang dilakukan oleh wanita pada zaman Rasulullah SAW ialah memintal benang atau bulu bagi menghasilkan pakaian. Ummu Salamah dan Ummu Ammarah, antara wanita Islam yang terlibat dalam pekerjaan memintal benang. Dalam Perang Uhud, Saidatina Fatimah mengambil secebis tikar lalu membakarnya untuk merawat luka yang dialami oleh Rasulullah SAW.
Perusahaan menyertu kulit bangkai merupakan pekerjaan yang mendapat sambutan dalam kalangan wanita pada zaman Rasulullah SAW. Mereka menyertu kulit bangkai untuk dijadikan hamparan rumah atau pakaian musim sejuk. Mereka juga membuat kasut, bekas meletak makanan dan minuman. Saidatina Zainab Jahsyi r.a, Saidatina Sawdah Zam’ah r.a dan Asma’ Umais antara wanita mahir membuat kraf tangan daripada kulit binatang.
Hasil daripada jualan itu, mereka memberi sumbangan dan sedekah kepada golongan fakir miskin. Kegiatan menjahit juga menjadi kegemaran wanita pada zaman Rasulullah SAW. Zainab Jahsyi, antara wanita yang mahir menjahit kulit menjadi bantal, hamparan dan kusyen. Asma’ Umais telah membawa masuk ke Madinah teknologi membuat keranda, di mana Saidatina Fatimah merupakan wanita pertama yang dibuat keranda semasa beliau meninggal dunia.
Berhubung hak keluar berperang, beliau berkata, beberapa wanita hebat beraksi di medan perang, antaranya Nusaibah Kaab.
“Sewaktu Perang Uhud, Rasulullah SAW melihat seorang wanita menghayun pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda. Baginda memandang ke kiri dan sekali lagi melihat wanita itu melakukan hal sama, menghadang bahaya demi melindungi pemimpin dan orang-orang beriman.
“Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah Ummu Umarah – pahlawan wanita yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam.
“Seorang lagi tokoh wanita yang berani menggadaikan nyawanya demi agama dan Rasulullah SAW tercinta ialah Khaulah Azwar,” katanya.
Kesimpulannya, sumbangan wanita pada zaman Rasulullah SAW terhadap perkembangan Islam dan kemajuan ummah amat besar. Mereka berganding bahu dengan lelaki bagi memastikan kelangsungan dakwah terus berkembang hingga serata dunia.

Monday, 23 January 2012

•❤• TUJUH NAUNGAN PENCIPTA •❤•




★★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★ (◕‿◕) 

Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah di Padang Masyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan Allah s.w.t :

✔ Lelaki yang hatinya sentiasa bertaut datang ke masjid bersolat jemaah tanpa rasa jemu
✔ Seorang pemimpin yang adil lagi saksama dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan
    penuh didikasi dan berkhemah
✔ Apabila dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan
    berpisah jua hanya kerana Allah
✔ Takala lelaki itu digoda untuk melakukan maksiat oleh seorang wanita bangsawan lagi jelita,
    lalu dia berkata “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”
✔ Sekiranya terdapat dermawan yang berhati mulia dengan melakukan sedekah hingga
    tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya
✔ Insan perindu yang sentiasa berzikir kepada Allah di tempat-tempat sunyi sehingga di
    mengalirkan air matanya berderai kewajahnya

★★═══════ ●❤● ═══════★★══════ ●❤● ══════★★ (◕‿◕) 

..:::::9 SEBAB HATI TIDAK TENANG:::::..


1. PEMARAH........
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

2. PENDENDAM........
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. HASAD DENGKI........
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BAKHIL........
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK.......
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR.......
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. EGO.......
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

8. RIAK......
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

9. CINTA DUNIA......
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Saudariku...Kuingin Meraih Syurga Bersamamu


Memakai jilbab, untuk saat ini dan di negara ini, bukanlah berarti sebuah pengilmuan akan agama. Dulu aku pernah beranggapan bahwa seorang yang memakai jilbab adalah orang yang akan berusaha mempertahankan jilbabnya disebabkan proses pemakaian jilbab itu sendiri membutuhkan pergulatan di hati yang membuncah-buncah dan penuh derai air mata. Tapi sayangnya, makin bertambah usiaku, maka berubah pula anggapan itu disebabkan berbagai kenyataan yang kutemui.
Aku baru menyadari ada sebagian wanita yang menggunakan jilbab hanya karena sekedar disuruh atau diwajibkan oleh orang tua, tempat belajar atau tempatnya bekerja. Jika telah keluar dari ‘aturan’ itu, maka lepas pula jilbab yang menutupi kepalanya. Mungkin karena itulah kain-kain itu tidak menutup secara benar kepala dan dada mereka.
Sebagian lagi, memakai jilbab karena pada saat itu, jilbab terasa pas untuk dipakai dan lebih menimbulkan kesan ‘gaya’ dan kereligiusan agama. Apalagi jika diberi pernak-pernik di sana-sini. Jilbab yang seharusnya menutup keindahan wanita tersebut malah justru menambah keindahan itu sendiri. Ditambah lagi kesan agamis yang terasa nyaman di hati.
Aku juga pernah berpikir dan bertanya-tanya, bahwa orang-orang memakai cadar dan berjilbab lebar apakah tidak kepanasan dengan seluruh atributnya? Apakah tidak repot jika hendak keluar dimana mereka harus memakai seluruh kain panjang tersebut? Mulai dari baju, jilbab yang lebar, masih harus ditambah memakai kaus kaki! Ah! Dan di balik jilbab itu, ternyata masih ada jilbab lagi! Dan… apakah mereka bisa melihat dari balik cadar yang menutup matanya?
Untuk yang satu ini, waktu tidak cukup untuk menjawab semua pertanyaan itu. Karena butuh pengetahuan lain yang merasuk ke dalam hati untuk mendapatkan jawabannya. Pengetahuan akan indahnya Islam dengan segala pengaturan yang diberikan oleh Allah. Pengetahuan akan surga yang begitu indah dan damai dengan segala kenikmatannya. Pengetahuan bahwa surga tidak akan tercium oleh wanita yang mengumbar-umbar aurat di depan khalayak. Pengetahuan bahwa penghuni neraka yang paling banyak adalah wanita. Ternyata kerepotan itu bukanlah kerepotan, melainkan sebuah usaha. Usaha dari seorang wanita muslimah untuk menggapai surga-Nya. Untuk bersanding dengan suaminya ditemani dengan bidadari cantik lainnya. Panas dari jilbab itu bukanlah rasa panas yang menyesakkan pikiran dan dada. Akan tetapi hanya sepercik penguji jiwa yang dapat meluruhkan dosa-dosa kecil dari seorang insan wanita. Bukankah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan bahwa setiap kesusahan yang dialami muslim merupakan peluruh bagi dosa-dosanya.
Maka… hatiku kini pedih… Ketika kemarin melihat saudariku yang lain, seiring dengan berjalannya waktu, kini telah membuka jilbabnya. Sempat kutanyakan, “Di mana jilbabnya?”
Ia menjawab, “Tidak sempat kupakai.”
Aih… waktu kutanyakan itu, memang pada saat dimana orang-orang sibuk menyelamatkan dirinya dikarenakan bencana alam. Aku hanya terdiam mendengar jawaban itu. Ah… mungkin karena sangat terkejutnya sehingga tidak sempat berbalik lagi untuk mengambil jilbab.
Tapi hari ini… kutemukan dia sudah menanggalkan jilbabnya. Bahkan tak tersisa sedikitpun jejak bahwa ia pernah memakai jilbab. Kini ia telah bercelana pendek dengan pakaian yang pendek pula. Sesak rasanya dada ini. Tetapi belum ada daya dari diriku untuk bertanya lagi tentang sebuah kain yang menutupi kepala dan dadanya. Masih tersisa di benakku, jika seseorang yang menggunakan jilbab melepas jilbabnya… maka habislah sudah… karena perenungan dan pergulatan hati itu kini telah dikalahkan oleh hawa nafsu. Perenungan yang pernah mendapatkan kemenangan dengan dikenakannya jilbab itu kini justru bahkan tak mau diingat. Hanya kepada Allah-lah aku mengadu dan memohonkan hidayah itu agar tetap ada bersamaku dan kembali ditunjukkan kepadanya.
Saudariku… kuingin meraih surga bersamamu. Maka, saat ini aku hanya bisa berdoa. Semoga kita bertemu di surga kelak…

20 Ciri Wanita Idaman Setiap Lelaki




1. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya. Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

2. Keanak-anakan

Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka. Keperibadian wanita yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa diri wanita itu tidak matang.

3. Cantik

NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya, AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya, HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

4. Berakhlak Mulia

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. Sebagai ibu, terukir di paparan dada. Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika. Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin. Ciri-ciri wanita yang solehah taat kepada Allah. Berbuat baik kepada ibu bapa .Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati. Menutup dan menjaga aurat. Tidak berhias apabila keluar rumah. Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram. Berbuat baik dengan jiran tetangga. Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

5. Berpegang pada agama

“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

6. Dari keturunan yang baik-baik.

Seorang wanita yang dari keturunan yang baik-baik mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

7. Bijaksana

Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan. Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

8. Tidak mempamerkan keseksian

“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.
(Hadis Riwayat Muslim)

9. Tidak Cerewet

Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

10. Memahami lelaki

Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak habis-habis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!” Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

11. Tidak terlampau cemburu

“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

12. Sejuk mata memandang.

Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka. Sentiasa senyum. Menutup aurat. Ramah dan mesra. Menundukkan pandangan.

13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi

Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

14. Canggih

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

15. Mempunyai persamaan yang bermakna

Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang, beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

16. Pemaaf

Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

17. Seimbang

Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.

18. Berkeyakinan diri

19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.

Maksud ‘body language di sini adalah cara percakapan, kawalan diri di hadapan orang ramai dan sebagainya.

20. Bersifat keibuan, menyenangkan orang tua dan menggembirakan anak-anak

* Peringatan buat lelaki yang mengidami wanita seperti ini! Adakah anda sudah dahulu menjadikan diri sebagai lelaki idaman!?

“Kalau benar ingin jadi lelaki yang mencintai perempuannya, maka mulalah dengan berusaha membawa diri sendiri ke Syurga. Kerna nanti, kau perlu memimpinnya ke sana.” - Hilal Asyraf, Penyusun - Pakar Diari hati

Buat Mawar-Mawar Mujahidah Renungkan~




Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah~

SEKALI WANITA TERGODA,
GUGURLAH SEKUNTUM WARDAH DI SYURGA.
SEKALI WANITA TERNODA,
BERDEKAH-DEKAHLAH SYAITAN DI NERAKA.

اللهم صل وسلم وبارك على محمد
وعلى أله وصحبه إلى يوم الدين

Rasulullah s.a.w dan generasi itu telah tiada!Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.

Muhammad,kekasih Ilahi.Baginda berjalan selangkah semi selangkah,meniti hari.Bermula dari seorang diri menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi.Bukannya baginda tidak berani dan takut mati,namun itulah tertib wahyu ketika itu,strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dari nafsu melainkan wahyu yang suci.Ucapan yang hikmah dari kalbu yang jernih disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri.Dimulainya mengajak manusia kepada Islam dengan menjernihkan fikrah,pendekatan akal,pemahaman dan menyentuh hati sanubari.Juga dengan jalan hujah dan keterangan,dengan hikmah dan pengajaran penuh seni.

Bila mana ada perdebatan dirungkaikan dengan baik dan menambat hati.Bila mana mendapat tekanan,rintangan serta siksaan berlaku sabar dan melontarkan doa kasih
nan sejati.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;
[Surah al-nahl:125]

Dengan rahmat dan kurniaan Ilahi,seorang demi seorang ikut menyertai,dari golongan bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali.Lalu terbentuklah jemaah Islam pertama,jemaah Rasulullah dan para sahabi.Jemaah baharu itu masih sangat kecil dan merupakan ghuraba’(orang-orang yang asing) di Mekah kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yang kelihatan berjalan perlahan-lahan dan lambat akhirnya menjadi kelompok yang mulia,gah,izzah dan menjadi generasi terbaik umat ini.Mereka tidak punya apa-apa,melainkan jiwa yang sarat keyakinan bahawa janji Allah itu pasti!Biarpun sehebat mana rintangan,jalan dakwah terus berkembang dan panjinya berkibar tinggi.

Jalan dakwah inilah jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab,demikian pula Parsi dan Romawi,mencabut jahiliyyah dari akar umbi.

Sabda Rasulullah s.a.w:
ألا إن الإسلام دائرة فدورا مع الإسلام حيث دار.
ألا إن السلطان والقران سيفترقان فلا تفارقوا الكتاب

“Ingatlah bahawa Islam itu berputar,maka berputarlah kamu bersama Islam kemana saja ia berputar.Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Quran akan berpisah,maka janganlah kamu berpisah dari al-Quran.”

Duhai akhawat sayangfillah,si mawar mujahidah,ketahuilah…

Dalam langkah hidup ini,hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi.Kita yang memilih jalan kita sendiri.Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah,pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri itulah jalan syaitan,nafsu,syahwat dan duniawi.Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.

Orang yang berjuang di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi,tiada sensiviti dalam mengotori dan menodai hati.

Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak,meniti waktu dan hari,mendekati mati.Akhirnya masing-masing kerdil menghadap Ilahi.Sudah tentu di sana,ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri,mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi?Atau meletakkan diri pada darjat yang tinggi?Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Ilahi.

Namun,adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadapnya?Berapa ramai orang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli redha Allah?Sungguh,manusia lupa saat perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman,Islam asing(gharib) kali kedua,hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba’.Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar ikhlas dengan-Nya.

Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuroba’ ini?Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?Nauzubillah!

Ya Allah,bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalan-Mu.Jangan sesekali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri.Amin…

::..Siti Khadijah..::




Khadijah binti khuwailid, adalah nama yang sudah tidak asing lagi….
Beliau di juluki Ath-thohirah, yang berarti bersih dan suci. Beliau tumbuh dalam lingkungan keluarga yang mulia dan pada gilirannya beliau menjadi seorang wanita yang cerdas dan agung. Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik dan memiliki perangai yang luhur. Karena  itulah banyak laki-laki dari kaumnya menaruh simpati kepadanya.
Setelah bercerai dengan suami yang pertama, banyak dari para pemuka-pemuka Quraisy yang menginginkan Beliau untuk dijadikan istri, tetapi, Khadijah lebih memprioritaskan perhatiannya dalam mendidik putra-putrinya, juga sibuk mengurusi perniagaan yang kemudian dari hasil usaha yang di kelolanya, Beliau menjadi seorang yang  kaya. Kepandaian dan kejelian Beliau, kemudian Beliau menawarkan Muhammad yang pada saat itu belumlah diangkat menjadi Nabi, untuk menjual dagangannya. Kejujuran dan sikap profesional yang di miliki Muhammad dalam berdagang, membuat kekayaan Khadijah semakin bertambah banyak.
Khadijah memiliki wajah yang cantik, berasal dari keturunan yang terhormat, memiliki martabat karena kepandaian dan kecerdasaanya, dan ia juga adalah wanita yang kaya raya. Maka tidaklah mengherankan dengan kondisi yang demikian itu semakin banyak para pemuka Quraisy yang terhormat dan kaya raya ingin menjadikan Khadijah sebagai istri. Singkat cerita, semua tawaran tersebut ditolak oleh khadijah, karena hatinya telah tertambat pada pribadi yang terpercaya, jujur, profesional dalam bekerja, dan memiliki akhlaq yang mulia, ia adalah Muhammad. Dan Allah mentakdirkan mereka untuk menikah, walaupun pada waktu itu, umur Khadijah yang telah sampai di usia 40 Tahun kecantikannya tetap mempesona Muhammad yang berumur 25 tahun.
Keutamaan Khadijah diriwayatkan sebagaimana sabda Rasulullah saw ;
“Tidaklah Allah mengganti untukku (istri) yang lebih baik darinya (khadijah). Dia beriman kepadaku saat orang-orang kufur. Dia mempercayaiku saat orang-orang mendustaiku. Dia memberikan hartanya kepadaku saat orang-orang mengharamkan harta untukku. Dan dia memberikan aku anak saat Allah tidak memberikan anak dari istri-istriku yang lain”.
Khadijah adalah sosok wanita pilihan yang Allah amanahkan untuk mendampingi Muhammad dalam menjalani tugasnya sebagai Rasul Allah.
Salah satu hikmah yang bisa kita petik dari kisah hidup khadijah, adalah keuletannya, kesungguhannya, kecerdasan dan ketelitiannya dalam menjalankan usaha perdagangan. Tetapi, semua usahanya itu tidaklah ia jadikan semata-mata untuk kesenangan yang bersifat keduniawian semata. Sebagaimana sabda Rasulullah, Khadijah dengan rela memberikan hartanya untuk kepentingan dakwah Rasulullah. Dan hal itu, Beliau lakukan sampai ajal menjemputnya.
Apa yang dilakukan oleh khadijah sangat berkaitan erat dengan makna zakat.
Zakat….hanya diwajibkan bagi mereka yang memiliki kelebihan harta yang telah memenuhi syarat dan perhitungan yang telah ditetapkan. Artinya, agar jika seseorang ingin ber-zakat, maka ia harus berusaha. Dan dari apa yang Allah berikan atas hasil usahanya itulah yang wajib ia keluarkan zakatnya. Dan bagi seorang istri yang tidak bekerja, maka ia dapat berzakat apabila ia mendapatkan nafkah yang khusus diberikan oleh suaminya…
Dengan demikian, bekerja…adalah termasuk dalam ibadah yang juga bernilai pahala di sisi Allah. Islam tidak menghalangi kaum wanita untuk produktif dalam mencari karunia Allah di dunia ini dengan bekerja, bahkan Islam menganjurkan agar kaum wanita tidak kalah produktifnya dengan kaum pria.  
Dan Allah memberikan pilihan bagi kaum wanita, apakah ia mau memilih sebagai pekerja, wanita karier, pengusaha, atau sebagai ibu rumah tangga.. Semua itu sama baiknya.
Selama ia menjaga kehormatannya, harga dirinya, dan taat pada aturan yang Allah tetapkan. Apapun pilihannya, Insya Allah akan bernilai pahala.
Dalam kisah Siti Khadijah, Allah telah mengabadikan teladan bagi kaum wanita…,
Khadijah, adalah wanita yang cerdas, ibu rumah tangga yang amanah, pendidik bagi anak-anaknya, pengusaha yang sukses, Istri seorang Nabi dan Rasul, dan pejuang di jalan Allah….
Dan tidaklah mungkin Allah jadikan khadijah sebagai teladan jika tidak mungkin untuk di teladani, karena pada dasarnya, kaum wanita…adalah kaum yang mampu melakukan semua itu…
Wallahu’alam.

Mujahidah Sejati

Mujahidah sejati
Intan permata mutiara mahkota
Seindah pelangi di cakerawala
Menghiasi taman indahnya permai



Mujahidah sejati
Engkaulah serikandi pembela agama
Peribadi solehah hiasan diri
Subur dengan iman dan ketaqwaan

Mujahidah sejati akhirat utama
Kerana dunia bukan pilihannya
Mujahidah sejati hatinya berbeza
Kerana diasuh iman dan taqwa

Mujahidah sejati
Berbekal al-quran dan as-sunnah
Bersulam pengorbanan 
Bisa menggegarkan isi dunia

Mujahidah sejati
Terus subur mekar mewangi
Seindah suria menerangi bumi
Harapan ummah yang abadi

Mujahidah sejati
Menyoroti langkah Khadijah
Aisyah Fatimah, menjadi muqarrabin
Bbermujahadah, merebut cinta
Dan kasih Allah

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama di sisi Tuhan
Cuma ibadah yang membezakan
Wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia
Kerana ia merbahaya
Jangan dibiarkan ia bertakhta 
Dalam iringan dosa-dosa